Info
Pengenalan
appfalak.com adalah laman web khidmat aplikasi falak yang berfungsi sebagai tapak kajian dan pembangunan aplikasi berkaitan falak sebelum suatu aplikasi itu
dikembangkan ke web atau aplikasi yang bersesuaian. Bagaimanapun, aplikasi tersedia di appfalak.com ini boleh digunakan sepenuhnya untuk aktiviti
falak berkaitan. Sebahagian aplikasi adalah untuk yang telah mempelajari ilmu falak, sebahagian lagi sesuai untuk pengguna yang baru berminat. Laman ini biasanya
diperkenalkan kepada pengguna dalam suatu kursus atau latihan bagi membolehkan pengguna berupaya menggunakan hampir semua aplikasi, kerana agak sukar menggunakan
sebarang aplikasi falak tanpa sedikit ilmu atau kefahaman tentangnya.
appfalak.com telah mempunyai aplikasi yang disifatkan sesuai dan berguna untuk maklumat dan aktiviti falak di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kalkulator Tarikh,
Kiblat dan Solat serta Hilal adalah aplikasi asas dalam ilmu falak. Pedoman Suria, Kaedah Bayang, Data Rukyah dan Simulasi, Azimut Tanda Rujuk dan Data Bulan dan Matahari adalah
aplikasi untuk praktikal lanjutan ilmu falak.
Formulasi yang digunakan adalah formulasi paling asas pada tahap kejituan sederhana namun memadai untuk aktiviti falak dan kegunaan rujukan awal.
Latarbelakang
Bermula dengan nama Kalkulator Falak, satu sistem maklumat Falak versi internet diperkenalkan di laman web KUSZA/UDM/UniSZA bermula April 2001 hingga 2022.
Bermula dengan empat pilihan aplikasi ketika itu - Kalkulator Tarikh, Kiblat, Waktu Solat dan Kompas
Matahari (kini Pedoman Suria), Kalkulator Posisi Hilal diperkenalkan pada 2009 seiring dengan kemaskini ke atas Kalkulator sedia ada.
Hitungan waktu solat yang disediakan pula adalah jadual jenis kompak 3 atau 4 hari sekali untuk kegunaan umum sahaja. Kalkulator Falak kemudiannya dipindahkan ke appfalak.com pada pertengahan tahun 2022, menggunakan nama appfalak.com menggantikan nama Kalkulator Falak.
Objektif
Memberi alternatif kepada perisian dan sistem sedia ada.
Menyediakan sistem maklumat falak yang serasi dengan sistem yang diamalkan di negara Malaysia.
Menyediakan maklumat menurut keperluan penggiat aktiviti falak.
Menyediakan format paparan yang lebih mudah untuk difahami dan digunakan.
Semoga bermanfaat.
Ahmad Taufan bin Abdul Rashid, A.T. (2001, 2002, 2005, 2009, 2012, 2020, 2021, 2022, 2023)
* Perkhidmatan appfalak.com adalah percuma, dan jika anda merasakan ia bermanfaat,
anda dialu-alukan untuk memberi sumbangan kecil melalui butang di bawah.
Terima kasih atas sokongan dan keperihatinan anda!*